Mountain View

MESYUARAT PENGURUSAN TAPAK BAGI PEMBINAAN PEJABAT PPD DAN PKG BARU

Pada 20.11.2016, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu mesyuarat bagi pengurusan tapak pejabat baru untuk Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang dan Pusat Kegiatan Guru Gua Musang. Mesyuarat yang diadakan di PPD Gua Musang itu turut disertai Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu En. Zaidi bin Yazid, Ketua PPD Gua Musang (En. Muhd Zahari bin Othman) dan Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan (En. Nasir bin Mohd Noor).  Program ini diadakan bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan projek pembinaan pejabat dimulakan secepat mungkin kerana pejabat sedia ada tidak  mampu lagi menampung jumlah pegawai dan keperluan bilik.
Share on Google Plus

Tentang pkgguamusang

Diterbitkan oleh JTK PKGGM.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment