Mountain View

PROGRAM GM1M DALAM VLE FASA 1 2015



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.
Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.
Bagi PKG Gua Musang, sebanyak 2 buah sekolah yang terlibat iaitu :
DBA8022 SK SRI WANGI
DEA8003 SMK PALOH
Diharapkan guru-guru yang telah dilatih daripada sekolah ini akan menjadi pemangkin kearah penggunaan VLE yang lebih baik dikalangan pelajar di sekolh masing-masing. 

Share on Google Plus

Tentang pkgguamusang

Diterbitkan oleh JTK PKGGM.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment