Mountain View

Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan BTPN Kelantan 2015

Pada 18 Oktober 2015, Majlis AKTP 205 anjuran BTPN Kelantan telah diadakan dengan jayanya di Dewan BTPN Kelantan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, wakil rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang tidak dapat bersama kerana mengiringi pimpinan tertinggi KPM ke SK Tohoi, Gua Musang.

Pada AKTP kali ini, PKG Gua Musang telah menerima anugerah laman portal PKG terbaik yakni laman web ini. PKG Gua Musang dengan rendah hati mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung laman ini dan juga urusetia AKTP 2015 kerana telah memilih kami sebagai pemenang. Segala kekurangan dan kelemahan dalam portal ini akan ditambah baik pada masa akan datang.

 
Share on Google Plus

Tentang pkgguamusang

Diterbitkan oleh JTK PKGGM.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment